Sesudah selesai menyelongkar page Facebook, aku dengan segera membuka laman web rasmi ESMP bagi melihat keputusan peperiksaan aku. Walaupun bukan 4 flat, aku bersyukur. Sejujurnya, terasa sangat jealous bagi kawan-kawan seangkatanku mendapat 4 flat. Tapi cepat-cepat aku hilangkan cemburu itu kerana aku harus tahu bersyukur. Semangat disematkan di dalam dada, 4 flat menjadi buruan untuk semester hadapan. ^_^
Khabar-khabar angin yang sememangnya betul menyatakan bahawa semester ini kawan-kawan seangkatanku ramai yang berjaya mendapatkan 4 flat malah ramai yang mendapat Dekan. Mesti nanti pejabat kat Agrobio itu penuh dengan sijil budak-budak Akua batch kita yang banyak dapat 4 flat dan Dekan. Wah! Bangganya! Siapa kata kita tidak boleh? Kita boleh! Malaysia boleh! Kan? Tahniah aku ucapkan. Rezeki masing-masing, mana tahu rezeki aku semester hadapan pula. Sama-sama doakan ye kawan-kawan.
Masih terngiang-ngiang di telingaku pensyarah yang aku sangat kagumi dan sayangi pernah mengatakan bahawa kita mesti tahu macam mana mahu mengaplikasikan semua yang kita belajar di dalam kehidupan harian kita. Pointer tinggi bukanlah ukuran untuk kita mendapat kerja dan berjaya pada masa hadapan.
Oleh itu, satu sahaja yang aku sematkan dalam dada, setinggi mana pointer kita, tetapi tiada soft skills yang lengkap dan juga tidak tahu bagaimana mahu mengaplikasikan apa yang kita belajar, sungguh! Terasa sia-sia ilmu yang kita cari itu. Jika kita tidak punya soft skills yang cukup, kita mungkin akan kecundang semasa interview bekerja nanti. Itu adalah contoh sahaja. Secara jujurnya, aku pernah merasa cemburu kepada mereka yang tahu mahu mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan mereka. Aku bukanlah di kalangan mereka tetapi aku berusaha untuk menjadi lebih baik.
Tatkala aku kemalasan mahu ke kelas, seseorang telah mengingatkan aku, 'Ilmu tidak datang pada kita, kita yang datang dan cari ilmu itu'. Malah, Nabi Muhammad sendiri pernah berkata-kata "Carilah ilmu sehingga ke Negera China". Justeru itu, sama-samalah kita berusaha menjadi manusia yang penuh dengan ilmu di dada. InsyaAllah. ^_^