Friday 24 May 2013

Kahwin.

Di suatu petang yang agak panas,terjadinya satu perbualan...

A: Weh, engkau pernah tak bincang pasal kahwin dengan boyfriend kau?
B: Tak selalu, napa?

A: Tak ada ape. Tanya je. 
B: Oh, Ok!

A: Engkau pernah tanya tak boyfriend kau, esok bila dah kahwin and bekerja, engkau punya gaji lagi tinggi dari suami kau, suami engkau kisah tak?
B: Hmm. Tak pernah pulak aku tanya kat dia.

A: Laaaaa.... Kenapa tak tanya? Patutnya dari sekarang lah korang kene bincang, nanti bila dah kahwin tak adelah gaduh-gaduh pasal gaji.
B: Aku rasa bukan masanya lagi kot nak tanya bende macam itu kat boyfriend aku.

A: Kenapa pulak? Sekarang ni lah korang kene plan. Nanti dah kahwin, bila engkau tanya suami engkau pasal hal ni, tak adalah dia marah, rendah diri and korang bergaduh. Tengok macam aku, aku ada tanya boyfriend aku, dia kisah tidak kalau dah kahwin nanti, gaji aku lagi tinggi dari dia. Boyfriend aku jawab kisah. At least, aku dah tau apa dia rasa before kahwin dengan dia. 
B: Yelah. Bagi aku,kami tak bekerja lagi. Masih belajar. Jauh lagi perjalanan kami ni. Pernah terfikir dalam fikiran, tapi tak bertanya sebab benda tu bukan masa yang sesuai untuk ditanya kat boyfriend aku buat masa skarang. Masing-masing tengah study lagi. Lainlah kalau kami dah bekerja. Lagi pun, aku tak nak bagi tekanan kat dia fikir pasal kahwin je. (Yelah, engkau jelah yang bagus, bincang itu semua dengan boyfriend kau. Semoga engkau berbahagia ke anak cucu bila dah kahwin dengan boyfriend kau nanti-hanya terdetik di dalam hati)

Bagi aku, soalan ini semua belum lagi masanya untuk aku bincang. Ya. memang aku nak kahwin dengan dia, tapi tunggulah kami benar-benar stabil. Serius aku ingin kahwin dengan dia, tapi aku kene fikir lepas kahwin nanti kalau dah ada anak, nak bagi makan apa. Sebab itu, aku tidak bincang sangat pasal kahwin. Tak nak bagi pressure kat aku dan dirinya. For now, aku dan dia kena berusaha mencari duit yang halal untuk masa hadapan nanti. Bila masing-masing dah kerja and kewangan kami dah stabil, dengan izin-Nya, kami kahwin. Tunggu jelah kad jemputan dari kami. Sekian. :)

Tuesday 14 August 2012

Tahniah!

Makanya tepat pukul 12.00 pagi waktu Malaysia 10 Ogos 2012, keputusan peperikssaan semester kedua bagi Sesi 2011/2012 telah berjaya di keluarkan oleh pihak-pihak yang berkuasa. Jadi, sibuklah mahasiswa-mahasiswa Universiti Putra Malaysia melayari internet untuk melihat keputusan mereka. Berdasarkan post-post di Facebook atau lebih dikenali sebagai FB, ramai yang mengucapkan 'Alhamdulillah' terhadapNya dan ada juga juga yang bersedih dengan keputusan mereka namun mereka redha dan akan berusaha lebih baik untuk semester akan datang. Well, that's good! Terus berusaha dan jangan pernah berputus asa. 

Sesudah selesai menyelongkar page Facebook, aku dengan segera membuka laman web rasmi ESMP bagi melihat keputusan peperiksaan aku. Walaupun bukan 4 flat, aku bersyukur. Sejujurnya, terasa sangat jealous bagi kawan-kawan seangkatanku mendapat 4 flat. Tapi cepat-cepat aku hilangkan cemburu itu kerana aku harus tahu bersyukur. Semangat disematkan di dalam dada, 4 flat menjadi buruan untuk semester hadapan. ^_^

Khabar-khabar angin yang sememangnya betul menyatakan bahawa semester ini kawan-kawan seangkatanku ramai yang berjaya mendapatkan 4 flat malah ramai yang mendapat Dekan. Mesti nanti  pejabat kat Agrobio itu penuh dengan sijil budak-budak Akua batch kita yang banyak dapat 4 flat dan Dekan. Wah! Bangganya! Siapa kata kita tidak boleh? Kita boleh! Malaysia boleh! Kan? Tahniah aku ucapkan. Rezeki masing-masing, mana tahu rezeki aku semester hadapan pula. Sama-sama doakan ye kawan-kawan.

Masih terngiang-ngiang di telingaku pensyarah yang aku sangat kagumi dan sayangi pernah mengatakan bahawa kita mesti tahu macam mana mahu mengaplikasikan semua yang kita belajar di dalam kehidupan harian kita. Pointer tinggi bukanlah ukuran untuk kita mendapat kerja dan berjaya pada masa hadapan.

Oleh itu, satu sahaja yang aku sematkan dalam dada, setinggi mana pointer kita, tetapi tiada soft skills yang lengkap dan juga tidak tahu bagaimana mahu mengaplikasikan apa yang kita belajar, sungguh! Terasa sia-sia ilmu yang kita cari itu. Jika kita tidak punya soft skills yang cukup, kita mungkin akan kecundang semasa interview bekerja nanti. Itu adalah contoh sahaja. Secara jujurnya, aku pernah merasa cemburu kepada mereka yang tahu mahu mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan mereka. Aku bukanlah di kalangan mereka tetapi aku berusaha untuk menjadi lebih baik. 

Tatkala aku kemalasan mahu ke kelas, seseorang telah mengingatkan aku, 'Ilmu tidak datang pada kita, kita yang datang dan cari ilmu itu'. Malah, Nabi Muhammad sendiri pernah berkata-kata "Carilah ilmu sehingga ke Negera China". Justeru itu, sama-samalah kita berusaha menjadi manusia yang penuh dengan ilmu di dada. InsyaAllah. ^_^



Monday 1 August 2011

Budak Baru Belajar.


Welcome to my blog.



Saya budak baru belajar, kalau tak menarik sila beri tunjuk ajar.



We play, learn and grow together.